IBERET® FOLIC 500 - Iberet Malaysia
Skip to content
Home > IBERET® FOLIC 500

IBERET® FOLIC 500 MEMBANTU ANDA KEKAL AKTIF

Iberet® Folic 500 adalah supplemen zat besi dengan Vitamin C, Vitamin B-kompleks dan Asid Folik untuk memenuhi keperluan harian anda. Dirumus dengan Teknologi Gradumet® untuk penyerapan zat besi yang optimum dan kurang kerengsaan gastrik, Iberet® Folic 500 dapat membantu anda merawat anemia kekurangan zat besi.

SUPPLEMEN ZAT BESI UNTUK MEMBANTU ANDA KEKAL AKTIF

Iberet® Folic 500 menyokong kesihatan anda dengan cara-cara berikut:

Apakah kandungan bahan aktifnya?

Iberet® Folic 500 mengandungi zat besi dan vitamin penting yang lain.

KANDUNGANJumlah
Asid Folik
– Membantu dalam pembentukan sel darah merah.
800 mcg
Ferus Sulfat (bersamaan dengan 105 mg zat besi elemen)
– Membantu mengekalkan tahap zat besi yang normal dalam badan.
525 mg
Asid Askorbik (Vitamin C)
– Diperlukan untuk membentuk tulang rawan dan kolagen di dalam tulang; dan bertindak sebagai antioksidan.
500 mg
Tiamin Mononitrat (Vitamin B1)
– Membantu dalam proses tumbesaran dan pembentukan tisu.
6 mg
Riboflavin (Vitamin B2)
– Membantu tubuh badan untuk memanfaatkan tenaga dari sumber makanan.
6 mg
Niacinamide (Vitamin B3)
– Membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal.
30 mg
Piridoksin Hidroklorik (Vitamin B6)
– Faktor yang mengekalkan kesihatan yang baik.
5 mg
Cianokobalamin (Vitamin B12)
– Memainkan peranan penting dalam pembentukkan sel darah merah.
25 mcg
Kalsium Pantotenate (Vitamin B5)
– Membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
10 mg

Simpan pada suhu tidak melebihi 30°C

Satu tablet sehari atau mengikut preskripsi daripada doktor

Untuk rawatan kekurangan zat besi, anemia akibat kekurangan nutrisi dan kekurangan vitamin B kompleks


Iberet® Folic 500 diindikasikan untuk

  1. Rawatan anemia kekurangan zat besi dan pencegahan kekurangan asid folik pada orang dewasa yang tidak hamil, di mana terdapat pengambilan yang tidak mencukupi atau peningkatan keperluan untuk vitamin B-kompleks.
  2. Pencegahan dan rawatan anemia kekurangan zat besi semasa kehamilan di mana terdapat pengambilan yang tidak mencukupi atau peningkatan keperluan untuk vitamin B-kompleks (termasuk asid folik).

Iberet® Folic 500 disyorkan sebagai suplemen zat besi untuk rawatan anemia kekurangan zat besi pada orang dewasa yang tidak hamil dan hamil.

Baca label sebelum digunakan. Jika gejala berterusan, sila berunding dengan doktor anda.