APAKAH ITU ANEMIA?
Anemia adalah kondisi apabila seseorang mengalami kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu-tisu dalam badan.
Terdapat beberapa jenis anemia, setiap jenis mempunyai punca masing-masing. Anemia boleh berlaku secara sementara atau untuk jangka masa panjang, dan ia boleh bergejala dari tahap ringan hingga ke tahap serius.
GELAJA-GEJALA ANEMIA YANG BIASA BERLAKU
Sesak nafas
Sakit kepala
Tangan dan kaki berasa sejuk
Pucat
Kelemahan fizikal
Kelesuan
Pening
RISIKO KESIHATAN APABILA ANDA MENGALAMI ANEMIA3
Jika tidak dirawat, anemia mungkin menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan:
Kelesuan yang serius:
Ia boleh menyebabkan anda terlalu letih sehingga tidak dapat menyiapkan kerja harian.
Risiko ketika hamil:
Anemia kekurangan folat ketika kehamilan boleh menyebabkan komplikasi.
5 JENIS ANEMIA YANG DIKETAHUI4
Aplastik anemia
Anemia kekurangan zat besi
Anemia sel sabit
Talasemia
Anemia kekurangan vitamin
Daripada pelbagai jenis anemia,
anemia kekurangan zat besi adalah yang paling lazim.
anemia kekurangan zat besi adalah yang paling lazim.
APAKAH ANEMIA KEKURANGAN ZAT BESI4?
Anemia kekuragan zat besi berlaku akibat bekalan zat besi yang tidak mencukupi dalam badan. Ia boleh berlaku secara sementara atau untuk jangka masa panjang, bergantung kepada tahap keterukan anemia yang dialami. Gejala-gejala yang biasa berlaku termasuklah kelemahan dan kelesuan.
KEHAMILAN & ANEMIA KEKURANGAN ZAT BESI5
Gejala-gejala lazim termasuklah kelesuan dan sukar bernafas dalam kalangan ibu mengandung.
SOALAN UNTUK DITANYA KEPADA DOKTOR ANDA SEKIRANYA ANDA MENGALAMI GEJALA
Apakah tahap zat besi saya?
Apakah risiko sementara dan jangka panjang yang ada?
Adakah keadaan saya serius?
Apakah ujian yang patut saya ambil?
Apakah punca utama yang menyebabkan saya mengalami gejala-gejala ini?
Apakah yang menyebabkan saya kekurangan zat besi?
Apakah gejala-gejala yang patut saya berjaga-jaga?
Adakah punca lain yang mungkin menyebabkan gejala-gejala saya?
Apakah pilihan rawatan yang saya ada?
Berapa lamakah rawatan perlu diambil?
Apakah kesan sampingan rawatan?
Apakah makanan yang perlu saya makan dan elak untuk meningkatkan tahap zat besi saya?
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan anemia kekurangan zat besi daripada berlaku lagi?
Untuk rawatan dan penjagaan yang tepat, adalah yang terbaik untuk berjumpa dengan doktor anda jika anda berasa anda mungkin mengalami anemia kekurangan zat besi. Ini adalah senarai soalan yang boleh dimuat turun untuk membantu anda bertanya kepada doktor anda ketika temujanji.