

Anemia kekurangan zat besi merupakan anemia yang paling lazim berlaku di seluruh dunia dan memberi impak yang ketara pada kesihatan manusia. 1 Oleh itu, diet perlu ditambah baik dengan memakan makanan kaya dengan zat besi dan mengubah corak pemakanan. 2
Makanan kaya dengan zat besi termasuk makanan bukan vegetarian seperti daging dan organ lembu, ikan dan ayam dan itik; dan makanan vegetarian seperti sayur-sayuran berdaun hijau dan kekacang.3 Walaubagaimanapun, ia tidak akan mencukupi jika hanya mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana terdapat sesetengah faktor pemakanan yang sama ada merencat (kalsium, bijirin, teh dan kopi) atau menggalak penyerapan zat besi (vitamin C).4,5 Anda mungkin mengambil zat besi yang sepatutnya tetapi jumlah penyerapan zat besi adalah tidak mencukupi. Oleh itu, ketika merancang makanan yang kaya dengan zat besi, adalah penting untuk mengetahui perencat dan penggalak.
Saranan pengubahan corak pemakanan untuk pengambilan zat besi yang optimum: 3
Tambahan pula, memasak dengan periuk besi meningkatkan kandungan zat besi dalam makanan.3 Kekacang bercambah atau makanan yang ditapai membantu penyerapan zat besi yang baik. 2
Anda boleh meningkatkan tahap zat besi melalui pengurusan pemakanan. Marilah kita melawan anemia kekurangan zat besi dengan memahami makanan yang patut dimakan dan waktu yang sesuai!
Rujukan::
1. Miller JL. Iron deficiency anemia: a common and curable disease. Cold Spring Harb Perspect Med. 2013;3(7):a011866. doi:10.1101/cshperspect.a011866.
2. Iron Deficiency Anemia. Assessment, Prevention, and Control. A Guide for Programme Managers. World Health Organization; 2001.
3. de Silva Lopes K, Takemoto Y, Garcia-Casal MN, Ota E. Nutrition-specific intervention for preventing and controlling anaemia.doi:10.1002/14651858.CD013092.
4. Lynch DR. The effect of calcium on iron absorption. Nutr Res Rev. 2000;13(2):141–158. doi:10.1079/095442200108729043.
5. Teucher B, Olivares M, Cori H. Enhancers of iron absorption: ascorbic acid and other organic acids. Int J Vitam Nutr Res Int Zeitschrift fur Vitamin – und Ernahrungsforschung J Int Vitaminol Nutr. 2004;74(6):403–419. doi:10.1024/0300-9831.74.6.403.