

Senaman fizikal mempunyai beberapa kebaikan kesihatan. Senaman memberi kebaikan psikologikal yang positif dan memperbaiki kesihatan badan secara menyeluruh.2
Semua orang patut bersenam. Walaupun begitu, terdapat sesetengah masalah kesihatan di mana dinasihatkan untuk tidak bersenam kerana ia boleh memudaratkan badan.1 Anemia kekurangan zat besi bukan salah satu masalah kesihatan tersebut. Walau bagaimanapun, anemia kekurangan zat besi boleh menyebabkan keletihan, kurang daya tahanan untuk bersenam, kesesakan nafas apabila melakukan aktiviti dan megurangkan kualiti hidup.3 Gejala-gejala fizikal ini membuatkan senaman berkala sukar untuk dilakukan. Anemia mengganggu prestasi fizikal ketika senaman intensiti sederhana dan tinggi.4 Tetapi, jangan biarkan ia menghalang anda daripada bersenam.
Anda boleh bersenam dengan selamat, hanya ikuti tips-tips mudah ini:
5
‘Panduan Pemakanan Untuk Melawan Anemia Kekurangan Zat Besi’
.
Kajian menunjukkan bahawa senaman mungkin boleh memperbaiki anemia.6 Dengan diet yang betul, suplemen zat besi dan senaman fizikal, anda akan menyedari kesihatan anda bertambah baik. Anemia kekurangan zat besi menyebabkan kelesuan dan anda akan berasa kurang bertenaga. Lawan kelesuan ini, kekal aktif, lakukan senaman berkala, lawan anemia kekurangan zat besi!
Rujukan:
1. Mandolesi L, Polverino A, Montuori S, et al. Effects of Physical Exercise on Cognitive Functioning and Wellbeing: Biological and Psychological Benefits. Front Psychol. 2018;9:509.
2. Vina J, Sanchis-Gomar F, Martinez-Bello V, Gomez-Cabrera MC. Exercise acts as a drug; the pharmacological benefits of exercise. Br J Pharmacol 2012;167(1):1–12. doi:10.1111/j.1476-5381.2012.01970.x.
3. Cappellini MD, Musallam KM, Taher AT. Iron deficiency anaemia revisited. J Intern Med. 2020;287(2):153–170. doi:10.1111/joim.13004.
4. Davies CTM, Chukweumeka AC, Van Haaren JPM. Iron-Deficiency Anaemia: Its Effect on Maximum Aerobic Power and Responses to Exercise in African Males Aged 17–40 Years. Clin Sci Mol Med. 1973;44(6):555–562. doi:10.1042/cs0440555.
5. Hu M, Lin W. Effects of Exercise Training on Red Blood Cell Production: Implications for Anemia. Acta Haematol. 2012;127(2):156–164.